Tarikh     : 30 September 2017 
Masa      : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Peserta   : 9 orang 
Lokasi    : Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kuala Kurau 


Tujuan : 

Meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris. 

Aktiviti : 

Pembelajaran English Central adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris. Pelajar amat berminat dengan kelas ini dan jumlah pelajar pada setiap kelas English Central sentiasa melebihi jumlah komputer yang disediakan dan pelajar berkongsi komputer untuk selesaikan tugasan. Pelajar sering bekerjasama dan bantu-membantu dalam menyiapkan tugasan mereka. 
Gambar Aktiviti

Program Santai Dashboard ini dijalankan adalah untuk menarik masyarakat sekitar PI1M Pekan Kuala Kurau untuk bersama-sama memperoleh manfaat dari Aplikasi Dashboard Komuniti. Pelbagai aktiviti menarik juga dijalankan dan hadiah bagi pemenang disediakan. Sambutan amat mengalakkan dan program berjalan dengan lancar. Program dijalankan pada 23 September 2017 bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. 
Gambar Aktiviti 

Kelas ini dijalankan kepada pelajar yang telah mengikuti kelas asas Microsoft Office Word sebelum ini, tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memahirkan pelajar dalam penghasilan jadual dan carta aliran yang menarik dan mudah difahami. Kelas ini dijalankan pada 4 September 2017, jam 10.00 pagi hingga 12 tengahari dan dihadiri oleh 3 orang pelajar. 
Gambar Aktiviti 

Seramai 5 orang pelajar kategori remaja menghadirkan diri untuk kelas ini. Kelas dijalankan pada 17 September 2017 pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan kelas diadakan adalah untuk melatih pelajar supaya lebih cekap dan pantas dalam menggunakan tetikus pada komputer. 
Gambar Aktiviti 

Kelas INTEL telah dijalankan sebanyak 5 kelas sepanjang September 2017 di PI1M Pekan Kuala Kurau dimana kelas ini memfokuskan sesi pembelajaran secara terperinci mengenai Microsoft Office dan Keusahawanan. Pelajar memberi tumpuan sepenuhnya dan berjaya membuat pembentangan perniagaan di akhir kelas dengan lengkap, tersusun dan jelas. 
Gambar Aktiviti
Gambar Aktiviti
Gambar Aktiviti