Kelas             : English Central 
Tarikh            : 25 November 2017 
Masa             : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari 
Penglibatan   : Kanak - kanak
Lokasi           : PI1M Pekan Kuala Kurau

Tujuan : 
Meningkatkan kemahiran dan kefahaman pelajar dalam Bahasa Inggeris. 

Aktiviti : 
English Central merupakan satu aplikasi latihan Bahasa Inggeris yang menyediakan pelbagai latihan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris. Pelajar diberi tugasan untuk diselesaikan dengan kaedah hafalan, percakapan, pendengaran. Semua pelajar berjaya menyiapkan tugasan masing-masing dengan cemerlang. 
Gambar Aktiviti

Kelas             : Hari Dashboard Komuniti
Tarikh            : 18 November 2017 
Masa             : 9.00 pagi - 2.00 petang
Penglibatan   : Komuniti Kuala Kurau
Lokasi           : PI1M Pekan Kuala Kurau

Tujuan : 
Mendedahkan kepada masyarakat tentang kegunaan Dashboard Komuniti. 

Aktiviti : 
Pengunjung diberi taklimat mengenai Dashboard dan cara menggunakan aplikasi dashboard. Beberapa pertandingan tentang Dashboard juga dijalankan dan hadiah menarik disediakan. Pengunjung juga berjaya memuat naik aplikasi dashboard dalam telefon pintar masing-masing. 
Gambar Aktiviti 

Kelas           : Microsoft Office Movie Maker 
Tarikh          : 5 November 2017
Masa           : 10.00 pagi - 1.00 tengah hari 
Penglibatan  : Remaja 
Lokasi          : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau 


Tujuan : 
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyunting video dan gambar. 

Aktiviti : 
Pelajar diberi tugasan untuk mencari 20 tempat menarik di sekitar Kuala Kurau dan Kerian dan disusun semula dalam bentuk video menggunakan Microsoft Office Movie Maker. 
Gambar Aktiviti

Kelas           : E-Learning for kids (Powtoon) 
Tarikh          : 11 November 2017 
Masa           : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari 
Penglibatan  : Kanak-kanak 
Lokasi         : Bilik Latihan PI1M Kuala Kurau

Tujuan : 
Meningkatkan kreativiti pelajar dalam mencipta video animasi asas. 

Aktiviti : 
Pelajar diberi tugasan untuk menyiapkan satu video animasi menggunakan aplikasi Powtoon mengikut kreativiti masing-masing. 
Gambar Aktiviti 

Kelas             : E-Learning : Crossword
Tarikh            : 28 Oktober 2017 
Masa             : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari 
Penglibatan   : 8 orang 
Lokasi           : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau 


Tujuan : 
Menguji tahap IQ dan kreativiti pelajar dalam menyelesaikan masalah. 

Aktiviti :  
Pelajar diberi tugasan untuk menyelesaikan silang kata yang diberikan. Pelajar diminta ke hadapan kelas untuk menjawab secara individu. Pelajar memberi sepenuh tumpuan dan dapat menyelesaikan soalan dengan baik. 
Gambar Aktiviti