Projek Pinggiran Sungai Kerian yang dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan di bawah Jabatan Landskap Negara merupakan salah satu projek rekreasi pinggir sungai yang terbesar dibangunkan di Parit Buntar oleh Majlis Daerah Kerian. Pada masa ini fasa yang telah siap dimajukan iaitu bermula dari tali air berdekatan Arked MDK hingga ke tali air di Lorong Syed Hamid.

Sumber : MDK 

 

 

Bukit Merah Laketown Resort merupakan salah satu taman air yang menggunakan alam semulajadi sebagai daya tarikan iaitu Tasik Bukit Merah. Tarikan utama pengunjung ke sini ialah Pulau orang Utan. Pengunjung berpeluang untuk bermesra dengan Orang Utan yang terdapat disini. Antara tarikan lain yang terdapat disini ialah Eco Park dimana pengunjung boleh menaiki Skycycle dan Chairlift. Bandar ini merupakan bandar baru pelancongan yang terletak kira-kira 55 kilometer dari Parit Buntar melalui Jalan Persekutuan. Kedududkannya berhampiran dengan Tasik Bukit merah.

 

Panduan ke lokasi rekreasi ini :


1. Melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu ke persimpangan tol Bukit Merah mengambil masa 35
minit dari Jambatan Pulau Pinang dan lebih kurang 1 jam dari bandaraya Ipoh.
2. Melalui Jalan Persekutuan 1 iaitu ke Bukit Merah Lake Town dari Pulau Pinang perlu melalui
Jalan Kerian dan Jalan Kubu Gajah yang mengambil masa 75 minit dari Jambatan Pulau Pinang.
3. Melalui Jalan Persekutuan 1 dari Taiping pula melalui Jalan Kerian dan Kubu Gajah yang
mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan.


Antara kemudahan rekreasi yang didapati di sini adalah :-
Taman Tema Air atau "Water Theme Park"
Orang Utan Island
Taman Eco-Park
Tempat penginapan seperti Lake Town Inn.
Tasik Bukit Merah merupakan sumber bekalan air utama bagi Daerah Kerian. Di sini juga terdapat laluan
keretapi Utara-Selatan yang merentasi tasik ini. Berdekatan dengan Bandar Baru Bukit Merah, terdapat
satu pekan kecil yang dikenali sebagai Pekan Bukit Merah yang merupakan pekan kecil yang utama bagi
penduduk tempatan.

 

Sumber : Majlis Daerah Kerian (MDK)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Taman ini sebenarnya adalah bekas kawasan lombong bijih timah di waktu zaman British dan ditukar menjadi taman awam pertama di Malaysia pada tahun 1880. Bukan itu saja, tetapi dengan keluasan 64 hektar, taman ini juga adalah taman terbesar di Malaysia.

Sedihnya, tidak banyak aktiviti yang boleh anda buat di sini. Tetapi, jika anda cuma mahu bersiar-siar, taman yang dipenuhi dengan pohon angsana dan 10 tasik ini adalah tempat tepat untuk anda mengambil angin petang.

Tarikan Berdekatan

Di taman ini juga terdapat rumah-rumah zaman kolonial yang menempatkan rumah Setiausaha kepada Residen. Selain itu, taman ini juga menempatkan Zoo Taiping dan hampir dengan Bukit Larut.

Sejarah Taman Tasik Taiping

Kawasan tanah ini asalnya dimiliki oleh Chung Thye Phin – imigran Cina yang juga kapitan Cina terakhir di Malaya. Setelah kematiannya, anak kepada lelaki terkaya di Pulau Pinang ini mendermakan tanah ini untuk dijadikan taman awam.

Landskap taman ini direka oleh warga British, Charles Compton. Hasil idea beliau, keunikan taman ini sering menjadi tulisan ramai warga Britain yang melawat Malaya. Pendek kata ramai yang memuji taman ini kerana suasana sebegini tidak dapat dinikmati di England.

Sumber: Warna-nostalgiaKamisayangalamsekitar

 

 

Sekiranya anda menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan melalui kawasan Bukit Merah, anda akan dapat melihat terdapat banyak kolam ternakan ikan Arowana atau dikenali ikan Kelisa disepanjang perjalanan anda. Penternakan ikan Arowana sememangnya sinonim bagi Bukit Merah kerana menurut pengusaha kolam, hanya air Tasik Bukit Merah sahaja yang sesuai bagi penternakan ikan termahal didunia ini.

sumber : Majlis Daerah Kerian (MDK)

 

 

 

Sub-kategori