Kelas           : English Central For kids
Tarikh          : 20 Januari 2018
Masa           : 10.00 pagi - 12.00 Petang
Tempat        : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau
Penglibatan : Kanak-kanak (10 orang)
 
Tujuan:
Latihan bertujuan supaya mereka mahir menulis dan bercakap berbahasa inggeris.
 
Aktiviti:
Kanak-kanak ditunjukkan video yang berdialog bahasa inggeris kemudian mereka akan memahami setiap dialog yang diperkatakan. setelah itu mereka diberi soalan berkaitan video tersebut. contoh seperti menaip semula perkataan yang telah disebutkan didalam dialog dan juga bercakap ayat dialog tersebut. jika betul mereka akan dibenarkan ke video selanjutnya.
 

Kelas           : Keusahawan
Tarikh          : 18 Januari 2018
Masa           : 11.00 pagi - 1.00 Petang
Tempat        : PI1M Pekan Kuala Kurau
Penglibatan : Usahawan Pn. Norhaliza bt Jali

Tujuan:
Memepelajari latihan asas media baru untuk dijadikan platfom perniagaan.
 
Aktiviti:
Usahawan Pn Norhaliza telah mempelajari latihan asas media yang baru seperti tweeter, instagram dan facebook. Beliau mempromosikan hasil jualan mereka secara online dengan menggunakan media masa ini. Beliau memahami cara penggunaan media sosial ni sebagai hasil jualan mereka dengan sedikit tunjuk ajar dari petugas pada hari tersebut.
 
Kelas             : Microsoft Office Word 2010
Tarikh            : 13 Januari 2018
Masa             : 10 Pagi - 12 Tengahari
Tempat          : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau
Penglibatan   : Guru Tadika Islam Perak (10 orang)
 
Tujuan :
Mengajar kepada mereka cara menggunakan aplikasi microsoft office 2010 serta fungsi mengunakannya.
 
Aktiviti :
Seramai 10 orang guru tadika Islam Perak yang mengambil kelas microsoft office 2010 iaitu microsoft office word 2010. mereka di beri tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi ini. Sepanjang aktiviti dijalankan mereka telah mengetahui cara penggunaannya. setelah itu mereka diberi sedikit tugasan untuk menunjukkan mereka faham akan apa yang diajar. Maka mereka telah menyiapkan tugasan mereka dengan baik.
 
Kelas           : Microsoft Office Excel 2010 Basic Learning Part 1
Tarikh          : 17 Januari 2018
Masa           : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat        : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau
Penglibatan : Belia (2 Orang)
 
Tujuan:
Menunjukkan seterusnya cara memasukkan maklumat diri kedalam data sheet menggunakan kaedah yang betul
 
Aktiviti:
Dua orang ahli belia yang datang pada kelas ini diberi tunjuk ajar cara memasukkan maklumat diri kedalam data sheet dengan kaedah yang betul dengan modul diberikan kepada mereka. selepas itu diberikan sedikit latihan kepada mereka bagi memastikan mereka faham kepada apa yang telah diajar.
 
Kelas              :Microsoft Office Excel 2010
Tarikh             :12 Januari 2018
Masa              :10 Pagi - 12 Tengahari
Penglibatan     :Belia (2orang)
Tempat           :Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau
 
Tujuan:
Memberi dan tunjuk ajar cara untuk memasukkan maklumat peribadi kedalam jadual
 
Aktiviti:
Seramai 2 org Belia yang hadir pada kelas ini. Mereka ditunjukkan cara untuk mengisi maklumat peribadi dengan menggunaka microsoft office Excel dengan betul dan cara yang betul. Selepas ditunjukkan cara, mereka pula akan membuat sedikit latihan bagi memastikan mereka faham tentang apa yang diajarkan. Maka selepas ini mereka akan lebih mudah untuk membuat kerja-kerja seperti memasukkan maklumat atau data kedalam jadual.