Mee udang Kak Ros merupakan salah satu tempat tumpuan penduduk di Kuala Kurau mahupun di luar Kuala Kurau kerana kelazatan dan keunikkan mee udang yang disediakan disini. Pelbagai saiz udang dan ketam boleh dipilih sendiri disini mengikut selera dan kemampuan. Mee ini dihidang seperti "mee sizzling". Setiap masa kedai ini sentiasa dipenuhi pelanggan dari pelbagai negeri yang datang untuk merasai sendiri keenakkan mee udang Kak Ros.

 

 Antara kedai makanan yang menjadi tumpuan di Kuala Kurau ialah Mee Ketam Parit 30 dimana ianya telah menjadi viral di laman sosial Facebook mengenai kelazatan dan kesegaran makanan laut yang terdapat disini. Oleh kerana penduduk Kuala Kurau kebanyakkannya nelayan, makanan laut mudah didapati disini dalam keadaan masih segar dan harganya lebih murah. Jadi, untuk pencinta makanan laut boleh datang berkunjung disini untuk menikmati pelbagai jenis masakan makanan laut dengan ahrga yang berpatutan. Waktu operasi kedai ini ialah selasa hingga ahad bermula jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kedai Kerang Rebus Pak Man Kuala Kurau ini terletak di Simpang 3, Kuala Kurau amat terkenal dan menjadi viral di laman sosial facebook juga pihak media. Namun kedai Pak Man ini hanya dibuka pada bulan Ramadhan sahaja bermula 8.30 malam hingga 2.00 pagi. Kerang rebus disini menjadi tumpuan penduduk Kuala Kurau dan sekitarnya kerana keenakkan dan kemanisan kerang serta kuah kacang yang memikat hati pengunjung. Pengusaha kedai ini atau mesra dikenali sebagai Pak Man amat menitikberatkan soal penjagaan dan cara masak kerang rebus dengan betul supaya keenakkan kerang terjaga. Kuah kacang yang disediakan juga dimasak dengan teliti untuk memastikan rasa kuah kacang tersebut menepati selera pelanggan. 

Harga kerang rebus hanya Rm5 sepinggan dan selain kerang rebus juga terdapat menu sampingan antaranya ialah Laksa, Pasembur, cucur udang dan juga rojak. Selain daripada penduduk Melayu, kaum lain seperti Cina dan India juga antara pelanggan tetap disini. Dianggarkan lebih 300 kilogram kerang perlu disediakan setiap malam disini.