Encik Mohd Sopian Roslly atau lebih dikenali sebagai Acuk Pyan adalah usahawan tempatan yang berasal dari Pantai Ban Pecah. Acuk Pyan telah menghasilkan ratusan pokok bonsai kelapa dan telah dijual kepada peminat seni tanaman tempatan dan luar daerah Kerian. Keunikan kelapa bonsai Acuk Pyan telah mendapat perhatian ramai dan kini telah menjadi hasil pendapatan sampingan kepada beliau sekeluarga. Selain daripada kelapa bonsai, Acuk Pyan juga telah menginovasikan kain pelikat dan kain batik menjadi produk seperti baju, seluar dan beg sandang. Kehadiran ramai pelanggan di setiap hujung minggu membangkitkan semangat Acuk Pyan untuk memberikan sesuatu yang unik dan terbaik untuk pelanggannya. Hasil produk Acuk Pyan yang kreatif bukan sahaja menjadikan pendapatan kepadanya, malah ia mampu menaikkan nama Ban Pecah sebagai Pusat Pelancungan dan rekriasi di mata masyarakat samada di dalam dan juga luar Daerah Kerian atau mungkin suatu hari nanti nama Ban Pecah semakin dikenali dalam dan luar Negara.

 

Puan Siti Rafizah adalah seorang usahawan yang menceburi bidang pembuatan kek dan biskut. Dari kecil hingga kini membuat kek adalah satu hobi yang sering dilakukan beliau ketika waktu lapang, kini dari hobi bertukar menjadi sumber pendapatan beliau. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, namun minat yang begitu mendalam dalam bidang membuat kek menyebabkan beliau terus menjalankan perniagaan ini. 

Dengan adanya kemudahan internet yang berkelajuan tinggi dan perkhidmatan kelas usahawan yang dijalankan oleh petugas PI1M Kuala Kurau, beliau kini dapat memperluaskan pasaran kek beliau ke seluruh Malaysia. 

 

   
           

 

 

 

En. Mohamad Syahir bin Walat, 27 tahun adalah salah seorang usahawan yang terdapat di Kuala Kurau. Beliau adalah usahawan di dalam bidang Pertanian dan Penternakan. Selain mengusahakan sawah, ladang kelapa sawit, beliau juga menternak Kambing dan Ayam Kampung. Sebelum berjinak dengan dunia pertanian dengan penternakan, beliau adalah seorang Jurutera Elektronik.