Tarikh            :    9 Januari 2018
Masa             :    10 pagi - 2 Petang
Penglibatan    :   Pengurus PI1M yang terlibat (Sg. Bayor, Kamunting, Pekan Kuala Kurau,
                           Batu Kurau, Sri Tenggara, Titi Serong, Batu 14 Teluk Medan)
Jemputan      :    En Mohammad Ridha Tajudin
Lokasi            :   Pi1M Pekan Kuala Kurau (Bilik Latihan)
 
Tujuan :
Bagi membincangkan atau membentangkan kembali perancangan bagi tahun 2018
 
Aktitviti :
Kesemua Pengurus yang terlibat membincangkan perancangan untuk tahun 2018. Selain itu kesemua pengurus yang terlibat juga membentangkan masalah yang berlaku serta cara mengekang masalah tersebut.
Juga sesi berkenalan staf baru iaitu penolong pengurus pi1m pekan kuala kurau dengan En. ridha dan pengurus-pengurus yang lain.
 

Kelas             : Keusahawanan : Membina Fanpage di Facebook 
Tarikh            : 10 Disember 2017 
Masa             : 3.00 petang - 5.00 petang 
Penglibatan   : Dewasa 
Lokasi           : PI1M Pekan Kuala Kurau

Tujuan : 
Mendedahkan kepada usahawan salah satu medium terkini untuk memperkenalkan perniagaan kepada masyarakat dengan lebih meluas. 

 

Aktiviti : 

Puan Haliza merupakan seorang usahawan kedai makan yang menetap di Kuala Kurau, beliau sering hadir ke PI1M Pekan Kuala Kurau untuk mencari resepi masakkan juga mencetak menu sambil belajar menggunakan komputer dengan bantuan petugas disini memandangkan Puan Haliza tidak mahir menggunakan komputer. Kelas pada hari ini, petugas membantu Puan Haliza untuk membina fanpage untuk kedai makan beliau. 
Gambar Aktiviti 

Kelas             : E - Learning for Kids 
Tarikh            : 2 Disember 2017 
Masa             : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Penglibatan   : Kanak - kanak 
Lokasi           : PI1M Pekan Kuala Kurau

Tujuan : 
Meningkatkan kecekapan dan kemahiran pelajar dalam Matematik menggunakan medium pembelajaran yang menarik.

Aktiviti : 
Pelajar perlu selesaikan beberapa tugasan yang menguji tahap kecekapan masing-masing dalam Matematik. Pelajar merupakan pelajar baru yang belum pernah aplikasi ini. Pelajar dapat selesaikan semua ujian dengan baik dan cekap. 
Gambar Aktiviti 

Kelas             : English Central : Kanak - kanak 
Tarikh            : 9 Disember 2017 
Masa             : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Penglibatan   : Kanak - kanak 
Lokasi           : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau

Tujuan : 
Meningkatkan kecekapan dan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris menggunakan medium pembelajaran yang menarik.

Aktiviti : 
Pelajar perlu selesaikan beberapa tugasan yang menguji tahap kecekapan masing-masing dalam Bahasa Inggeris. Pelajar telah menyelesaikan pelbagai tugasan dalam aplikasi English Central kerana sentiasa menghadiri kelas yang dijalankan setiap minggu. Kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris juga semakin meningkat.
Gambar Aktiviti

Kelas             : English Central 
Tarikh            : 26 November 2017 
Masa             : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Penglibatan   : Remaja
Lokasi           : PI1M Pekan Kuala Kurau

Tujuan : 
Meningkatkan kemahiran dan kefahaman pelajar dalam Bahasa Inggeris. 

Aktiviti : 
English Central merupakan satu aplikasi latihan Bahasa Inggeris yang menyediakan pelbagai latihan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris. Pelajar diberi tugasan untuk diselesaikan dengan kaedah hafalan, percakapan, pendengaran. Semua pelajar berjaya menyiapkan tugasan masing-masing dengan cemerlang. 

Gambar Aktiviti