Kelas ini dijalankan kepada pelajar baru kategori dewasa. Dalam kelas ini, pelajar memulakan sesi dengan pelajaran asas mengenai Microsoft Office Word. Pelajar belum pernah menggunakan apa-apa Microsoft Office sebelum ini. Kelas dihadiri oleh dua pelajar dewasa dan berlangsung selama dua jam. (Gambar Aktiviti) 

Kelas Klik Dengan Bijak (KDB) adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan dengan lebih terperinci kepada pelajar tentang kebaikkan dan bahaya penyalahgunaan media sosial pada masa kini. Kelas ini memfokuskan golongan belia dimana mereka lebih terdedah kepada laman sosial, kelas dihadiri oleh 9 orang remaja dan berlangsung selama dua jam. (Gambar Aktiviti)

Kelas Microsoft Office Word ini dijalankan untuk J.K.K.K di Kuala Kurau, kelas ini merupakan kelas ulangkaji untuk memahirkan lagi J.K.K.K dalam menggunakan Microsoft Office Word yang amat penting dalam urusan pentadbiran sesebuah kampung. Kelas ini dihadiri oleh 4 orang J.K.K.K dan berlangsung selama 2 jam. (Gambar Aktiviti)

Kelas Pengenalan Kepada Komputer ini dijalankan kepada Ahli baru PI1M Pekan Kuala Kurau yang pertama kali menyertai kelas komputer. Kelas ini dihadiri oleh dua pelajar baru dan berlangsung selama dua jam. Kelas berjalan dengan lancar dan pelajar diaturkan untuk kelas seterusnya. (Gambar Aktiviti)

Kelas E-Pembelajaran untuk kanak-kanak dijalankan pada hari Sabtu pada setiap minggu. Sepanjang kelas dijalankan, pelajar diberi tugasan berbentuk permainan berunsur pelajaran yang menarik. Kelas dijalankan selama 2 jam dan dihadiri oleh 3 orang pelajar. Gambar Aktiviti