Kelas           : Kelas keusahawanan 
Tarikh          : 8 Febuari 2018

Masa           : 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat        : PI1M Pekan Kuala Kurau
Penglibatan : Usahawan Pn Norhaliza
 
Tujuan :
Menambah rakan dan juga mempromosikan makanan usahawan Pn. Norhaliza di media masa (facebook)
 
Aktiviti :
Pn Norhaliza telah membuat beberapa penambahan rakan di facebook page beliau. Beliau juga telah berkongsi secara terbuka iaitu public supaya orang ramai dapat mengetahui beliau telah membuat facebook page. selepas itu ramai yang menghantar pengesahan untuk menjadi rakan dan menyukai facebook page yang di buat oleh Pn. Haliza.
 
Kelas           : English Central For Kids Unit3
Tarikh          : 3 Febuari 2018

Masa           : 10.00 pagi - 12.00 Petang
Tempat        : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau
Penglibatan : Kanak-kanak (10 orang)
 
Tujuan :
Memberi pemahaman tentang berbahasa inggeris menerusi menonton beberapa video.
 
Aktiviti :
Mereka diberikan beberapa buah video berbahasa inggeris, kemudian mereka akan menonton sehingga memahami setiap dialog didalam video tersebut. Setelah itu mereka diberikan latihan dimana mereka akan menulis dan bercakap didalam bahasa inggeris berdasarkan video diberikan.
 
Kelas           : Microsoft Office Excel 2010 Basic Learning Part 2
Tarikh          : 26 Januari 2018

Masa           : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat        : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau
Penglibatan : Belia (3 Orang)
 
Tujuan :
Memudahkan lagi para pengguna memasukkan maklumat kedalam jadual dengan menggunkan formula
 
Aktiviti :
Mereka di dedahkan cara menggunkan formula sum, average, dan count untuk mengira setelah mendapatkan kesemua maklumat dan di masukkan kedalam jadual.
Setelah itu mereka diberikan latihan supaya mereka faham akan apa yang diajarkan. 
 
Kelas           : English Central For Kids Grade 2
Tarikh          : 27 Januari 2018

Masa           : 10.00 pagi - 12.00 Petang
Tempat        : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau
Penglibatan : Kanak-kanak (8 orang)
 
Tujuan :
Aktiviti ini bertujuan melancarkan penulisan dan pemahaman mereka dalam bahasa inggeris dengan menonton video-video pembelajaran.
 
Aktiviti :
Mereka diberikan beberapa buah video untuk mereka menonton serta mendengar setiap perkataan atau dialog didalam video tersebut mereka akan mengulanginya semula dengan menaip balik ruang kosong didalam latihan juga mereka di minta untuk bercakap dialaog tersebut sehingga berjaya baru mereka akan di beri video seterusnya.
 
Kelas           : Parenting Control
Tarikh          : 21 Januari 2018
Masa           : 3.00 pagi - 5.00 tengah hari
Tempat        : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau
Penglibatan : IbuBapa (3 Orang)
 
Tujuan :
Memberitahu cara-cara untuk menyekat video-video yang xberfaedah di perisian laman web youtube untuk anak-anak.
 
Aktiviti :
Ibubapa ini telah diajar cara untuk menyekat video-video dilaman web youtube agar anak-anak mereka tidak dapat menonton. ini disebabkan terdapat banyak
video-video tidak bermoral atau berfaedah pada usia kanak-kanak. Alat yang digunakan untuk membuka perisian youtube adalah komputer dan telefon pintar.
Setelah itu mereka membuat sedikit tutorial bagi memastikan mereka tahu dan faham cara menyekat video-video tidak berfaedah tersebut.