KL

Klinik Kesihatan Kuala Kurau merupakan pusat rawatan utama penduduk di Kuala Kurau, hampir keseluruhan penduduk Kuala Kurau menggunakan perkhidmatan Klinik Kesihatan ini. Klinik Kesihatan Kuala Kurau terletak berhadapan dengan Masjid Batu, Kuala Kurau. Jaraknya lebih kurang 0.5 km ke Pekan Kuala Kurau. Servis perkhidmatan yang bagus dan prihatin oleh Staf disini merupakan sebab klinik kesihatan ini sentisa dipenuhi oleh penduduk setiap hari. 

 

 

Farmasi Kuala Kurau baru sahaja beroperasi di Kuala Kurau April 2016. Pembukaan farmasi ini mendapat sambutan yang amat tinggi kerana lengkap dengan pelbagai jenis ubat - ubatan selain ditadbir oleh Pagawai Farmasi yang diiktiraf. Ubat-ubatan disini juga dijual dengan harga berpatutan sesuai dengan kemampuan penduduk di luar bandar. Farmasi ini juga terletak berdekatan dengan PI1M Pekan Kuala Kurau dimana ianya berada di sebelah bawah PI1M Pekan Kuala Kurau.