Kelas E-Pembelajaran : English Central merupakan kelas paling digemari oleh kanak-kanak disini. Kelas ini juga mendapat reaksi positif dari golongan ibu bapa. Kelas dihadiri oleh 12 orang pelajar dan beberapa pelajar terpaksa berkongsi komputer kerana bilangan pelajar sering melebihi jumlah komputer di bilik latihan. Kelas ini memfokuskan untuk meningkatkan kefahaman dan kefasihan pelajar dalam bahasa inggeris dengan menggunakan medium yang menarik. (Gambar Aktiviti)

Kelas dijalankan di Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau dan berlangsung selama 2 jam. Pelajar merupakan dari kelas Microsoft Office Word dan dilanjutkan dengan Kelas Microsoft Office Excel apabila sudah mahir menggunakan Microsoft Office Word. Kelas dihadiri seorang pelajar dewasa. (Gambar Aktiviti)

Kelas ini dijalankan kepada pelajar baru kategori dewasa. Dalam kelas ini, pelajar memulakan sesi dengan pelajaran asas mengenai Microsoft Office Word. Pelajar belum pernah menggunakan apa-apa Microsoft Office sebelum ini. Kelas dihadiri oleh dua pelajar dewasa dan berlangsung selama dua jam. (Gambar Aktiviti) 

Kelas selanjutnya dijalankan kepada pelajar baru dari kelas sebelum ini, namun hanya seorang pelajar dapat hadir berikutan seorang lagi pelajar mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Kelas diteruskan dengan Microsoft Office Word yang lebih terperinci dan pelajar diberi tugasan untuk diselesaikan di penghujung kelas. Kelas berlangsung selama dua jam dan diatur untuk kelas seterusnya. (Gambar Aktiviti) 

Kelas Klik Dengan Bijak (KDB) adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan dengan lebih terperinci kepada pelajar tentang kebaikkan dan bahaya penyalahgunaan media sosial pada masa kini. Kelas ini memfokuskan golongan belia dimana mereka lebih terdedah kepada laman sosial, kelas dihadiri oleh 9 orang remaja dan berlangsung selama dua jam. (Gambar Aktiviti)