Tarikh
:  9 - 10 Oktober 2018
Masa :  9:00 Pagi - 12.00 Tengahhari
Peserta :  Murid tadika islam dan kemas
Lokasi :  PI Pekan Kuala Kurau
 
Tujuan
Bagi mendedahkan kepada murid-murid tadika tentang ict dan memupuk minat mereka dalam bidang ict ini.
 
Aktiviti
Mereka diterangkan kegunaan pekakas komputer yang asas dan mereka diberi peluang untuk mencuba pekakas tersebut seperti tetikus dan papan kekunci. Dengan bantuan petugas PI aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar.
 
Tarikh
:  7 Oktober 2018
Masa :  10:00 Pagi - 12.00 Tengahhari
Peserta :  Remaja (2 Orang)
Lokasi :  PI Pekan Kuala Kurau
 
Tujuan
Memberi pendedahan kepada microsoft word 2010 supaya dapat diguna pakaikan di IPTA kelak.
 
Aktivit
Dua org calon lepasan spm yang ingin menyambungkan pembelajran di IPT menghadiri kelas ict word 2010. justeru itu mereka amat memerlukan pengetahuan tentang mcirosoft word untuk memudahkan mereka membuat kerja-kerja semasa menyambungkan pelajaran di ipta. Dengan bantuan sedikit sebanyak dapat membolehkan mereka mengetahui pengunaan microsoft word ini.
 
Tarikh
:  23 September 2018
Masa :  10:00 Pagi - 12.00 Tengahhari
Peserta :  Remaja (2 Orang)
Lokasi :  PI Pekan Kuala Kurau
 
Tujuan
Mengajar basic microsoft word 2010 kepada bekas pelajar sekolah menengah yang telah tamat pengajian mereka. Dengan ini dapat membantu mereka apabila mereka ingin menyambungkan pembelajaran mereka di peringkat IPT.
 
Aktiviti
Mereka diberi pengetahuan asas iaitu fungsi microsoft word dan juga perisian word ini membolehkan mereka membuat kerja-kerja di IPT nanti. Pengenalan tentang menu-menu yang terdapat di dalam perisian word tersebut. Apabila selesai memberi secara teori mereka diberikan latihan kepada mereka. Kaedah ini sangat berguna kerana mereka akan lebih tahu jika mereka sendiri yang melakukan nya. Aktiviti berjalan lancar dengan bantuan petugas yang bertugas pada hari itu.
 
Tarikh
:  29 September 2018
Masa :  10:00 Pagi - 12.00 Tengahhari
Peserta :  Kanak-Kanak
Lokasi :  PI Pekan Kuala Kurau
 
Tujuan
Memberikan aktiviti yang dapat mengisi masa lapang dan juga bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman mengeja perkataan dalam bahasa Inggeris.
 
Aktiviti
Kanak-Kanak yang menghadiri kelas ini dapat membantu mereka mengeja dan dapat memberi tahap kecerdasan yang tinggi dimana mereka harus menyusun perkataan dan mengeja perkataan tersebut dengan betul. Aktiviti seperti ini amat bermanfaat kepada mereka selain dari mengisi masa lapang dengan aktiviti tidak berfaedah.
 
Tarikh
:  3 September 2018
Masa :  8:30 Pagi - 1.00 Petang
Peserta :  Komuniti setempat
Lokasi :  PI Pekan Kuala Kurau
 
Tujuan
Program ini dijalankan bagi mempromosikan pusat internet dan selain itu program ini juga memberi mereka pengetahuan tentang penggunaan dan fungsi pusat internet.
 
Aktiviti
Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya taklimat tentang sebenarnya.my, taklimat klik dengan bijak, dan mobile e-waste. Juga tidak terlepas pelajar tadika islam perak Nur Wardah membuat persembahan mereka. Aktiviti seperti Kuiz dashboard, peraduan download dan menang dan pemeriksaan kesihatan tekanan darah dan berat badan. Sukanneka yang dijalankan adalah pertandinagn mewarna bagi murid-murid tadika islam dan kemas, juga pertandinagn cup challenge. Setelah aktiviti ini selesai sesi pemberian hadiah dah cenderhati dilaksanakan. Tetamu VIP YB Abdul Yunus dijemput bagi pemberian hadiah kepada pemenang. Setelah selesai majlis penyampaian hadiah dijemput tetamu VIP untuk menjamu selera. Program berjalan dengan lancar dengan bantuan petugas dari pusat internet cluster kerian.