Tarikh | : 25 & 26 Mac 2019 |
Masa | : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m |
Peserta | : Guru-guru Kemas |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Kuala Kurau |
Tujuan
Kerjasama bersama agensi serta meningkatkan lagi aktiviti yang melibatkan komuniti serta agensi-agensi kerajaan.
Aktiviti
Terbahagi kepada dua hari, peserta diberikan taklimat serta tunjuk ajar didalam Pusat Internet berkenaan kursus pada hari pertama bengkel. Pada hari kedua, peserta didedahkan dengan praktikal, dan pada penghujung bengkel peserta diberikan taklimat advokasi.
Tarikh | : 17 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 a.m hingga 5.00 p.m |
Peserta | : Lepasan SPM |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Kuala Kurau |
Tujuan
Mempelawa individu lepasan spm untuk membuat permohonan UPU online di Pusat Internet. Disamping itu hal ini dapat mendedahkan pengguna kepada kemudahan sedia ada.
Aktiviti
Terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang, sesi pagi bermula dari jam 10.00 Pagi sehingga 1.00 Petang, manakala sesi berikutnya bersambung selepas waktu rehat iaitu jam 2.00 Petang sehingga jam 5.00 Petang, individu yang ingin membuat permohonan akan diberi tunjuk ajar serta dibantu oleh petugas.
Tarikh | : 13 Mac - 14 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 a.m hingga 1.00 p.m |
Peserta | : Ibu Bapa |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Kuala Kurau |
Tujuan
Pendaftaran pelajar ke Pra Sekolah dan Tahun 1.
Aktiviti
Ibu bapa pelajar hadir untuk membuat permohonan untuk ke tahun 1 sesi 2020 dan juga permohonan ke Pra Sekolah 2020, melalui sistem e-kerajaan. Ibu bapa dibantu oleh petugas tentang cara-cara membuat permohonan secara online.
Tarikh | : 16 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 a.m hingga 1.00 p.m |
Peserta | : Wanita |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Kuala Kurau |
Tujuan
Menarik minat golongan wanita untuk bersama-sama mengenali Pusat Internet, fungsi serta kemudahan yang disediakan serta melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti
Peserta diberikan tunjuk ajar tentang cara-cara penjagaan kulit wajah oleh consultant jemputan.
Tarikh | : 9 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 a.m hingga 12.00 p.m |
Peserta | : Kanak-kanak |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Kuala Kurau |
Tujuan
Meningkatkan kreativiti serta kemahiran pelajar dalam mencipta video.
Aktiviti
Para pelajar diberikan tugasan untuk mencipta sebuah video mempromosi manfaat dan kebaikan menghadiri kelas ICT yang telah dianjurkan di PI, dengan menggunakan Powtoon.