Tarikh
|
: 15 December 2018 |
Masa | : 10:00 Pagi - 12.00 Tengahhari |
Peserta | : Kanak-Kanak |
Lokasi | : PI Pekan Kuala Kurau |
Tujuan
Bagi mengisi masa lapang kanak-kanak semasa cuti persekolahan
Aktiviti
Aktiviti seperti ini dapat memberikan mereka ilmu disamping mengisi masa lapang semasa cuti persekolahan. Mereka dapat membuka minda dengan mencari perkataan-perkataan yang tersembunyi serta memupuk semangat cinta ICT kepada mereka. Aktiviti ini berjalan lancar dengan bantuan dari petugas yang bertugas.
Tarikh
|
: 1 December 2018 |
Masa | : 9:00 Pagi - 12.00 Tengahhari |
Peserta | : Kanak-Kanak |
Lokasi | : PI Pekan Kuala Kurau |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran iICT dan memupuk minat terhadap bidang IT.
Aktiviti
Seramai 8 orang kanak-kanak yang hadir. Mereka diberikan soalan kuiz melalui laman web kahoot. Aktiviti in berjalan dengan lancar dengan bantuan pertugas yang bertugas.
Tarikh
|
: 4 November 2018 |
Masa | : 10:00 Pagi - 12.00 Tengahhari |
Peserta | : Remaja (2 Orang) |
Lokasi | : PI Pekan Kuala Kurau |
Tujuan
Memberi penerangan basic microsoft excel kepada 2 orang remaja lepasan SPM.
Aktiviti
Seramai 2 orang pelajar lepasan SPM menghadiri kelas ini bagi memantapkan lagi kemahiran penggunaan Microsoft excel 2010. Selain itu dengan ada nya kelas ini mereka dapat belajar menggunakan internet dengan mudah dan betul.
Tarikh
|
: 17 dan 18 November 2018 |
Masa | : 2.00 Ptg - 6.00 Ptg dan 9.00 Pagi - 12 Tenggahari |
Peserta | : Komuntiti setempat di teluk medan dan titi serong |
Lokasi | : PI Teluk Medan dan PI Titi Serong |
Tujuan
Program ini dijalankan bagi mempromosikan pusat internet dan selain itu program ini juga memberi mereka pengetahuan tentang penggunaan dan fungsi pusat internet.
Aktiviti
Kemeriahan suasana semasa hari bersama komuniti di kedua-dua Pusat Internet Teluk Medan dan Titi Serong. Pengunjung yang hadir juga membantu lagi kemeriahan hari bersama komuniti ini di kedua2 belah site. Aktivti yang menarik seperti pertandingan mewarna kanak-kanak dan juga dewasa, tidak lupa usahawan yang telah dilatih juga membuka gerai mempromosikan barang jualan mereka. Manakala di PI Titi Serong membuat pertandingan memasak dan gubahan ini menarik lagi minat pengunjung yang menghadiri. Kuiz dashboard juga diadakan dan ajensi kospen turun bagi memeriksa kesihatan bagi yang ingin memeriksa kesihatan mereka. Kemas juga turut membantu dalam menghadiri sebagai juri untuk pertandingan memasak dan gubahan. Kerjasama sepasukan (kluster Perak Utara 1) dapat menjayakan program ini dengan lancar dan serta VIP yang hadir turut berpuas hati dengan program HBK ini.
Tarikh
|
: 20 Oktober 2018 |
Masa | : 10:00 Pagi - 12.00 Tengahhari |
Peserta | : Kanak-Kanak |
Lokasi | : PI Pekan Kuala Kurau |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran menaip seawal kanak-kanak dan didedahkan cara menaip dengan betul.
Aktiviti
Beberapa orang murid sekolah rendah yang hadir bagi latihan menaip ini. Mereka diajar menggunakan keyboard dimana penguasan jari pada huruf-huruf yang ada di keyboard adalah sangat penting supaya memberi kelancaran semasa menaip. Aktiviti atau kelas kali ini dibantu oleh petugas yg bertugas.