Tarikh : 6 Mac 2019
Masa :  9.00 a.m hingga 12.00 p.m
Peserta :  Murid Tabika Kemas Simpang Tiga
Lokasi :  Pusat Internet Pekan Kuala Kurau
 
Tujuan
Mendidik serta mendedahkan murid-murid tabika dengan teknologi ICT serta mengasuh mereka tentang cara bijak menggunakan teknologi.
 
Aktiviti
Aktiviti pertama yang dilakukan adalah permainan jigsaw puzzle iaitu menyusun semula gambar, dengan cara ini dapat mengasuh murid-murid menggunakan tetikus, aktiviti kedua adalah bermain game pelajaran, dimana murid-murid di minta menekan kekunci berpandukan arahan, yang terakhir pula adalah tayangan video dengan cara ini murid-murid dapat berhibur serta belajar.
 

Gambar Aktiviti

Tarikh : 5 Mac 2019
Masa :  9.00 a.m hingga 12.00 p.m
Peserta :  Murid Tadika Islam
Lokasi :  Pusat Internet Pekan Kuala Kurau
 
Tujuan
Mendidik generasi cilik untuk mengenali ilmu ICT
 
Aktiviti
Murid-murid belajar cara mengawal tetikus melalui permainan jigsaw, tontonan video pembelajaran serta bermain permainan yang melatihkan kemahiran murid untuk mengenali kekunci.
 

Gambar Aktiviti

Tarikh :  24 Februari 2019
Masa :  10.00 a.m hingga 12.00 p.m
Peserta :  Lepasan SPM
Lokasi :  Pusat Internet Pekan Kuala Kurau
 
Tujuan
Memudahkan individu lepasan sekolah untuk membuat permohonan untuk meneruskan pembelajaran ke IPTA.
 
Aktiviti
Pengguna membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke IPTA melalui lawan sesawang UPU.
 

Gambar Aktiviti

Tarikh :  27 & 28 Februari 2019
Masa :  10.00 a.m hingga 12.00 p.m
Peserta :  Lepasan Sekolah
Lokasi :  Pusat Internet Pekan Kuala Kurau
 
Tujuan
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai dan menggunakan perisian Microsoft Office.
 
Aktiviti
Pelajar diajar menggunakan modul-modul sedia ada serta melalui tayangan video. Pelajar juga diberikan latihan penyelesaian masalah bagi menguji kefahaman terhadap sesuatu topik yang telah dipelajari.
 

Gambar Aktiviti

Tarikh :  23 Februari 2019
Masa :  10.00 a.m hingga 12.00 p.m
Peserta :  Kanak-kanak
Lokasi :  Pusat Internet Pekan Kuala Kurau
 
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT dikalangan para pelajar dengan menguji ingatan mereka terhadap pembelajaran melalui kuiz.
 
Aktiviti
Pelajar diberi tunjuk ajar berkenaan topik "Pengenalan Komputer" yang melibatkan hardware. Permainan menguji ingatan melalui kahoot.com. Pelajar diberikan soalan-soalan berkenaan topik yang telah dipelajari dan bersaing untuk menduduki tempat 3 yang terbaik.
 

Gambar Aktiviti