Tarikh |
: 10 Oktober 2019 (Khamis) |
Masa |
: 8.00 am - 1.00 pm |
Peserta |
: Komuniti & agensi |
Lokasi |
: PI Pekan Kuala Kurau & Tapak Masjid |
Tujuan :
Program ini dilaksanakan adalah untuk memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara penduduk komuniti Pekan Kuala Kurau. Selain itu, menjadi agen perubahan dalam komuniti dan memupuk semangat kesukarelaan. Seterusnya dapat mengeratkan hubungan di antara komuniti sekitar Pekan Kuala Kurau.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Saringan Kesihatan daripada Pihak Kospen,taklimat dari Kolej Komuniti Bagan Serai,PTPTN & KWSP.Pertandingan Kolaj, Bengkel ICT & pertandingan mengarang article, Mobile E-Waste, Klik Dengan Bijak dan Edaran flayers MyfreeView kepada komuniti.Dan diakhiri dengan Cabutan Bertuah serta Jamuan Makan.
Tarikh |
: 13 September 2019 (Jumaat) |
Masa |
: 3.00 pm - 5.00 pm |
Peserta |
: Pelajar kolej Komuniti Bagan Serai |
Lokasi |
: Kolej Komuniti Bagan Serai |
Tujuan :
Memberi Taklimat Keselamatan Internet berkaitan modul Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.
Aktiviti
Pada slot pertama peserta diberi taklimat tentang Modul Komputer Awam,Reputasi Digital,Mengurus Jejak Digital Anda & Mengenal Pasti Muslihat & Penipuan di Internet.Manakala slot ke-2 pula Peserta diberikan aktiviti mencipta kata laluan yang kukuh dan selamat.
Tarikh |
: 7 September 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tgh hari |
Peserta |
: Murid Sekolah Rendah |
Lokasi |
: Pusat Internet Pekan Kuala Kurau |
Tujuan :
Menguji tahap pegetahuan murid melalui kaedah pencarian bahan di internet dan menilai tahap pengetahuan murid menggunakan Ms. PowerPoint.
Aktiviti :
Murid dikehendaki mencari minima 5 jenis peribahasa bergambar dari sumber internet dan mereka dikehendaki mengumpul sumber carian tersebut ke dalam Ms.Power point. Slide hendaklah kreatif dan menarik. Hasil persembahan Power Point yang kreatif/menarik akan dipilih dan akan ditayangkan di Screen Layar.
Tarikh |
: 8 September 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tgh hari |
Peserta |
: Pelajar Menengah |
Lokasi |
: Pusat Internet Pekan Kuala Kurau |
Tujuan :
Menilai tahap pegetahuan pelajar melalui pencarian sumber bahan di internet. Dan menguji tahap pengetahuan pelajar menggunakan Ms. PowerPoint
Aktiviti :
Pelajar dikehendaki mencari lokasi menarik di Kerian. Kemudian Pelajar perlu memasukkan sumber carian tersebut kedalam Ms.Power point. (hendaklah melebihi 15 slide ke atas). Persembahan slide hendaklah kreatif , menarik dan mempunyai elemen2 multimedia. Slide yang Kreatif akan dipilih dan pelajar yang terpilih dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka.
Tarikh |
: 24 Ogos 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tgh hari |
Peserta |
: Pelajar Menengah |
Lokasi |
: Pusat Internet Pekan Kuala Kurau |
Tujuan :
Untuk menguji tahap pegetahuan pelajar tentang Sejarah Kemerdekaan Malaysia dan menilai kemahiran pelajar menggunakan komputer.
Aktiviti :
Pelajar dikehendaki mencari info berkaitan Sejarah Kemerdekaan Malaysia. Kemudian pelajar dikehendaki membuat ringkasan info tersebut menggunakan power point @ ms word..Akhir sekali hasil kerja pelajar akan dinilai.