Kelas Aturan Komputer ini dijalankan kepada Ketua-ketua Kampung bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang aturan komputer supaya mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya fungsi sesebuah komputer tersebut dengan betul dan selamat. Selain memperkenalkan pelbagai fungsi aturan dalam komputer, mereka juga didedahkan tentang bagaimana untuk melindungi komputer daripada virus. 

 

Tarikh : 17 November 2016

Tempat : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Penglibatan : Ketua-ketua Kampung (dewasa) 

 

 

  

 

 

 

 

Kelas ulangkaji dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan peserta dapat memahami dan memanfaatkan ilmu yang diberi dengan sepenuhnya. Kelas ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk bertanya jika terdapat apa-apa kekeliruan. 

 

Tarikh: 13 November 2016

Tempat : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Penglibatan : Remaja dan kanak-kanak

 

Selepas selesai kelas tentang Pengenalan Asas Komputer, petugas aturkan satu lagi kelas kepada Ketua-ketua Kampung iaitu Kelas Pengurusan Fail di dalam komputer. Tujuan kelas ini diadakan ialah bagi memudahkan urusan kerja setelah kerja-kerja disiapkan. Pengurusan fail ini adalah sangat penting bagi memastikan segala maklumat dan kerja yang telah disiapkan disimpan dengan betul dan mengelakkan kehilangan fail dan maklumat. 

 

Tarikh : 9 November 2016

Tempat : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau

Masa : 10 pagi - 12 tengah hari

Penglibatan : Ketua - ketua Kampung (Dewasa)

 

Seperti kelas yang telah dijalankan kepada Ketua-ketua kampung, kelas yang sama turut diadakan untuk golongan belia supaya mereka dapat menguruskan fail didalam komputer dengan baik apanbila di sekolah mahupun ketika di Universiti satu hari nanti. 

 

Tarikh : 13 November 2016

Tempat : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau

Masa : 10 pagi - 12 tengah hari

Penglibatan : Remaja

 

Kelas Pengenalan Asas Komputer ini dijalankan khusus untuk Ketua - Ketua Kampung yang termasuk di bawah Pekan Kuala Kurau. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan kepada ketua-ketua dalam menjalankan tugas mereka seperti membuat surat, mendapatkan maklumat dan sebagainya. 

Tarikh : 2 November 2016 

Tempat : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau.

Masa : 10 pagi - 12 tengah hari

Penglibatan : Ketua-ketua kampung ( dewasa)

 

Sub-kategori