Sebahagian dari Ahli PI1M Kuala Kurau yang sangat aktif dan sentiasa menyertai semua kelas dan program yang dijalankan oleh PI1M Pekan Kuala Kurau. Dari mula tidak pandai tentang IT dan selok belok komputer tetapi sekarang semakin bijak dan arif tentang pelbagai aplikasi komputer. Tahniah kepada adik-adik. Semoga terus belajar dan menfaatkan sebaiknya ilmu yang telah dipelajari di PI1M Pekan Kuala Kurau.

 

Barisan senior yang menjayakan Hari Bersama Komuniti dan Dashboard Day PI1M Pekan Kuala Kurau. Jutaan terima kasih kepada Pengurus Besar TM Perak, Tuan Haji Badrul Hisham Bin Bahari, Penghulu mukim Bagan Tiang, En Shahrul Nizam bin Razali, wakil TM, En Syakirin bin Ismail, wakil dari SKMM, En Fisol bin Abdul Rahman, Wakil dari MSD Intelligence SDN BHD, En Ridha bin Tajudin, juga AJK PI1M Pekan Kuala Kurau Puan Zawiyah binti Idris dan Haji Ahmad bin Abdullah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan dari kami petugas PI1M Pekan Kuala Kurau. Tidak lupa juga kami memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kesilapan dari pihak kami sepanjang majlis diadakan. 

 

Paint Tools merupakan satu aplikasi yang amat menarik minat kanak-kanak. Daripada tidak tahu tentang aplikasi Paint Tools kini mereka semakin kreatif melakar lukisan mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing. 

 

Tarikh : 19 November 2016

Tempat : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau

Masa : 3.00 petang - 5 petang

Penglibatan : Kanak-kanak

 

Kelas ulangkaji diadakan untuk Ketua-ketua Kampung adalah untuk memastikan mereka memahami dan mendalami tentang skop pembelajaran yang telah diadakan. Memandangkan sistem komputer adalah perkara baru bagi mereka jadi mereka memerlukan lebih masa untuk memahami dan menguasai sistem tersebut. Apa yang membanggakan ialah mereka tetap bersungguh-sungguh untuk mempelajari sistem komputer walau agak sulit. Tahniah untuk Ketua-ketua Kampung Kuala Kurau. 

 

Tarikh : 30 November 2016

Tempat : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Penglibatan : Ketua-ketua Kampung (Dewasa)

 

Kelas ini memfokuskan cara-cara untuk menggunakan keyboard dengan betul dan pantas. Petugas menggunakan aplikasi E-Learning for Kids untuk menarik minat pelajar dan membantu mereka dalam mempelajari fungsi-fungsi keyboard. 

 

Tarikh : 19 November 2016

Tempat : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Penglibatan : Kanak-kanak

 

 

Sub-kategori