Semakin hari semakin ramai anak-anak Pekan Kuala Kurau mengunjungi PI1M Pekan Kuala Kurau dan menjadikan tempat ini sebagai tempat mereka menyiapkan tugasan sekolah and tempat berkongsi idea dalam pembelajaran. Keadaan PI1M yang selesa dan tenang membuatkan PI1M menjadi tempat pilihan mereka untuk belajar. Dengan adanya kelas kemahiran komputer setiap minggu secara konsisten, mereka juga kian mahir dengan pelbagai aplikasi komputer. 

 

 

 

 

 

 

Sedikit penerangan kepada sebahagian adik-adik Ahli PI1M Pekan Kuala Kurau tentang cara sistem internet menjelajah seluruh dunia dengan hanya satu klik sahaja, dan juga bagaimana sebuah komputer dapat beroperasi dengan adanya capaian internet. Mereka sangat teruja dengan kecanggihan teknologi internet masa kini dan berazam untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai teknologi ini supaya dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga, bangsa dan negara. 

 

 

 

 

Kelas : Pengenalan Asas kepada komputer 

Tempat : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau

Masa : 10.00 pagi - 11.30 tengah hari. 

Penglibatan : Dewasa 

 

 

 

 

 

Kelas : Pengenalan kepada komputer

Tempat : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau

Tarikh : 9 Disember 2016

Penglibatan : Dewasa ( Lelaki) 

 

 

 

 

 

Kelas E-Learning for Kids ini dijalankan khas untuk Ahli Baru PI1M Pekan Kuala Kurau yang belum pernah menyertai mana-mana kelas atau program yang dianjurkan oleh PI1M Pekan Kuala Kurau. Aplikasi ini adalah aplikasi pembelajaran didalam bentuk permainan dimana ianya sangat menarik minat pelajar teruatamnya kanak-kanak.

 

Tarikh : 4 December 2015

Tempat : Bilik Latihan PI1M Pekan Kuala Kurau

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Penglibatan : Kanak-kanak

 

Sub-kategori