Bukit Merah Laketown Resort merupakan salah satu taman air yang menggunakan alam semulajadi sebagai daya tarikan iaitu Tasik Bukit Merah. Tarikan utama pengunjung ke sini ialah Pulau orang Utan. Pengunjung berpeluang untuk bermesra dengan Orang Utan yang terdapat disini. Antara tarikan lain yang terdapat disini ialah Eco Park dimana pengunjung boleh menaiki Skycycle dan Chairlift. Bandar ini merupakan bandar baru pelancongan yang terletak kira-kira 55 kilometer dari Parit Buntar melalui Jalan Persekutuan. Kedududkannya berhampiran dengan Tasik Bukit merah.

 

Panduan ke lokasi rekreasi ini :


1. Melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu ke persimpangan tol Bukit Merah mengambil masa 35
minit dari Jambatan Pulau Pinang dan lebih kurang 1 jam dari bandaraya Ipoh.
2. Melalui Jalan Persekutuan 1 iaitu ke Bukit Merah Lake Town dari Pulau Pinang perlu melalui
Jalan Kerian dan Jalan Kubu Gajah yang mengambil masa 75 minit dari Jambatan Pulau Pinang.
3. Melalui Jalan Persekutuan 1 dari Taiping pula melalui Jalan Kerian dan Kubu Gajah yang
mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan.


Antara kemudahan rekreasi yang didapati di sini adalah :-
Taman Tema Air atau "Water Theme Park"
Orang Utan Island
Taman Eco-Park
Tempat penginapan seperti Lake Town Inn.
Tasik Bukit Merah merupakan sumber bekalan air utama bagi Daerah Kerian. Di sini juga terdapat laluan
keretapi Utara-Selatan yang merentasi tasik ini. Berdekatan dengan Bandar Baru Bukit Merah, terdapat
satu pekan kecil yang dikenali sebagai Pekan Bukit Merah yang merupakan pekan kecil yang utama bagi
penduduk tempatan.

 

Sumber : Majlis Daerah Kerian (MDK)