Kedai Kerang Rebus Pak Man Kuala Kurau ini terletak di Simpang 3, Kuala Kurau amat terkenal dan menjadi viral di laman sosial facebook juga pihak media. Namun kedai Pak Man ini hanya dibuka pada bulan Ramadhan sahaja bermula 8.30 malam hingga 2.00 pagi. Kerang rebus disini menjadi tumpuan penduduk Kuala Kurau dan sekitarnya kerana keenakkan dan kemanisan kerang serta kuah kacang yang memikat hati pengunjung. Pengusaha kedai ini atau mesra dikenali sebagai Pak Man amat menitikberatkan soal penjagaan dan cara masak kerang rebus dengan betul supaya keenakkan kerang terjaga. Kuah kacang yang disediakan juga dimasak dengan teliti untuk memastikan rasa kuah kacang tersebut menepati selera pelanggan. 

Harga kerang rebus hanya Rm5 sepinggan dan selain kerang rebus juga terdapat menu sampingan antaranya ialah Laksa, Pasembur, cucur udang dan juga rojak. Selain daripada penduduk Melayu, kaum lain seperti Cina dan India juga antara pelanggan tetap disini. Dianggarkan lebih 300 kilogram kerang perlu disediakan setiap malam disini.