Kini anda boleh menjalani pemeriksaan tekanan darah secara PERCUMA di P11M Pekan Kuala Kurau atau di mana-mana PI1M yang berdekatan dengan anda. Pemeriksaan dijalankan setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali pada cuti umum. Semua dijemput hadir! 











Electronic Waste atau e-waste adalah bermaksud barangan elektronik yang sudah tidak digunakan lagi. Tahukah anda? Barangan elektronik seperti gambar di atas yang tidak digunakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada hidupan di atas muka bumi, jadi kami di Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Kurau dan seluruh Malaysia menerima apa-apa jenis barangan elektronik dari anda yang sudah tidak digunakan / rosak untuk kami kitar semula atau lupuskan dengan cara yang betul. 

Intel Education Programme (Program Pembelajaran Intel)

Adakah anda yakin bahawa anda benar-benar seorang yang celik IT?
Adakah anda yakin dengan kemahiran komputer anda?!

Anda seorang usahawan?

Mahu lebarkan perniagaan anda di media sosial, namun tiada kemahiran dan pengetahuan ICT?

Berita baik buat seluruh komuniti, Pusat Internet 1Malaysia kini menjalankan sebuah program khas buat anda. Sebuah program yang dapat membantu anda meningkatkan kemahiran anda, dari segi pengetahuan dan kemahiran.

Kursus ini terbuka bagi setiap kategori umur.

Segera kunjungi Pusat Internet 1Malaysia yang berdekatan untuk maklumat lanjut.

"Hub Komunikasi Sejagat"

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makluman kepada seluruh komuniti Kuala Kurau, terutamanya usahawan tempatan, Pihak MCMC telah mengadakan satu pertandingan Usahawan Berjaya, sila rujuk gambar untuk maklumat mengenai pertandingan. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan sila hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berdekatan. Mohon di war-warkan. Harap maklum.

"Hub Komunikasi Sejagat"

 

 

Untuk maklumat warga Kuala Kurau, di Pusat Internet 1 Malaysia juga menyediakan pinjaman netbook secara percuma kepada semua ahli PI1M Pekan Kuala Kurau bertujuan untuk membantu ahli-ahli PI1M Pekan Kuala Kurau dalam menyiapkan tugasan sekolah dan netbook ini hanya digunakan untuk tujuan pembelajaran sahaja. Syarat dan peraturan untuk membuat pinjaman netbook ialah : 

Tujuan : Pembelajaran sahaja

Umur : 15 tahun ke atas

Tempoh pinjaman : 1 bulan

Bayaran : Percuma

Jumlah netbook adalah terhad hanya 30 buah sahaja. Peminjam diwajibkan untuk menjaga netbook tersebut dengan baik sepanjang tempoh pinjaman.

Peminjam bertanggungjawab ke atas segala kerosakkan atau kehilangan netbook tersebut.

Dilarang sama sekali menggunakan netbook ini untuk sebarang aplikasi permainan(game).

Jika didapati pengguna melanggar peraturan di atas, tindakan akan dikenakan. 

 

Untuk membuat pinjaman netbook, sila ke PI1M Pekan Kuala Kurau untuk mengisi borang dan wajib untuk membawa beg tebal (beg sekolah/beg komputer).