Untuk pengetahuan komuniti di sekitar Kuala Kurau, apabila anda mendaftar keahlian di PI1M Pekan Kuala Kurau, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari segi harga perkhidmatan yang lebih murah seperti kegunaan komputer, mesin potostat, pengimbas, pencetak juga laminate tetapi anda juga di alu-alukan untuk menyertai kelas Keusahawan secara percuma. Kami akan membimbing anda untuk menjalankan perniagaan dan pemasaran di atas talian, dimana ianya lebih terbuka kepada seluruh penduduk di Malaysia. Jika masih belum mempunyai idea perniagaan juga di alu-alukan menyertai kelas ini supaya lebih terbuka dan mendalami dunia perniagaan. Sebarang pertanyaan boleh hadir ke Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kuala Kurau. 


 

E-Learning atau E-Pembelajaran adalah pengajaran dan pembelajaran menerusi talian internet. Aplikasi ini telah diperkenalkan di Malaysia dengan usahasama universiti - universiti dan agensi - agensi dari dalam dan luar negara. E - Pembelajaran adalah suatu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk maklumat pengajaran. Antara objektif E-Pembelajaran adalah memperkenalkan sistem dan operasi e-pembelajaran yang ada di Malaysia juga meningkatkan taraf celik IT dalam kalangan masyarakat luar bandar bagi menyokong hasrat negara, seterusnya mewujudkan (knowledge-based-society). Selain itu mewujudkan nilai tambah (value-add), keupayaan masyarakat setempat dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Sehingga hari ini, Kelas E-Pembelajaran yang dijalankan di PI1M Pekan Kuala Kurau mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga sering melebihi jumlah komputer yang disediakan. Pelajar juga sering menunjukkan meningkatan positif dari segi pelajaran setelah menyertai kelas ini. 

JOM RAMAI-RAMAI MERIAHKAN ROAD TO DASHBOARD DI PI1M PEKAN KUALA KURAU!

*Pelbagai hadiah menarik disediakan
*Pemeriksaan kesihatan secara percuma
*Pelbagai pertandingan dengan hadiah yang menarik
*Terbuka kepada semua komuniti Kuala Kurau dan berdekatan
*Makanan dan minuman disediakan

Road to Dashboard akan dijalankan pada :

Tarikh : 18/11/2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : PI1M Pekan Kuala Kurau