Puan Siti Rafizah adalah seorang usahawan yang menceburi bidang pembuatan kek dan biskut. Dari kecil hingga kini membuat kek adalah satu hobi yang sering dilakukan beliau ketika waktu lapang, kini dari hobi bertukar menjadi sumber pendapatan beliau. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, namun minat yang begitu mendalam dalam bidang membuat kek menyebabkan beliau terus menjalankan perniagaan ini. 

Dengan adanya kemudahan internet yang berkelajuan tinggi dan perkhidmatan kelas usahawan yang dijalankan oleh petugas PI1M Kuala Kurau, beliau kini dapat memperluaskan pasaran kek beliau ke seluruh Malaysia.