maxresdefault 

Sehingga hari ini, masih belum ada bukti yang kukuh mengenai tarikh asal Kuala Kurau dibuka, namun berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh dari warga tua yang telah lama menetap disini, diyakini bahawa Kuala Kurau mula dijelajah sekitar tahun 1800-an dahulu.

Bermula daripada beberapa buah keluarga Melayu Perak meneroka kawasan Kuala Kurau untuk bersawah dan menangkap ikan, maka sejak itu dari sehari ke sehari Kuala Kurau diterokai dan dibanjiri pendatang dari pelbagai tempat dan kaum.

Di zaman penjelajahan Inggeris, Kuala Kurau dan sekitarnya diterokai dengan pesatnya untuk dijadikan ladang kelapa dan tebu. Orang-orang India dibawa masuk untuk bekerja di ladang dan orang-orang Cina datang membuka perniagaan dan perdagangan. Kuala Kurau semakin maju sehingga penjajah Inggeris menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan import dan eksport yang lengkap dengan pejabat dan pegawai-pegawai kastam ( Jabatan Shahbandar, Kuala Kurau).

Terbitnya nama Kuala Kurau adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu KUALA kerana kedudukannya di Kuala (Muara) sungai dan KURAU nama jenis ikan ( Ikan Kurau) yang termashyur dan amat banyak terdapat dalam sungai tersebut pada masa itu. 

 

Sumber Gambar:Youtube Heart Patrick