Balai Bomba Pekan Kuala Kurau terletak berdekatan dengan kawasan orang ramai di Pekan Kuala Kurau dan bersebelahan dengan Pejabat Pos Kuala Kurau. Perkhidmatan petugas di Balai Bomba Kuala Kurau ini sering mendapat pujian penduduk di sini kerana kecekapan mereka dan juga kesungguhan mereka dalam menjalankan tanggungjawab menyelamat dan membantu penduduk yang mengalami musibah. Balai Bomba Pekan Kuala Kurau beralamat di Jalan Pantai, 34350 Kuala Kurau, Perak dan boleh dihubungi pada 05-7277444.