Pejabat Pos Pekan Kuala Kurau terletak berhampiran pekan kecil Kuala Kurau, beralamat JKR 983, Jalan Tanjung Piandang, 34350 Kuala Kurau iaitu bersebelahan dengan Kompleks Perikanan Daerah kerian. Pejabat Pos ini merupakan salah satu kemudahan asas yang terdapat di Kuala Kurau yang sentiasa menjadi kegunaan penduduk disini untuk menyelesaikan hal-hal penting seperti membayar bil, membayar cukai lesen kenderaan, menghantar surat atau barang dan banyak lagi. Mempunyai 2 orang petugas disini dan dibuka setiap hari isnin hingga jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.