Masjid Jamek Pekan Kuala Kurau terletak lebih kurang 50m dari PI1M Pekan Kuala Kurau dimana ianya merupakan satu-satunya masjid yang terletak di tengah Pekan Kuala Kurau dan menjadi masjid utama untuk kegunaan penduduk Islam disini. Selain Masjid Jamek Pekan Kuala Kurau, terdapat sebuah lagi masjid iaitu Masjid Batu yang terletak lebih kurang 1km dari PI1M Pekan Kuala Kurau. 2 masjid ini adalah antara masjid yang sentiasa dipenuhi penduduk Islam disini dengan pelbagai aktiviti keagamaan.