8 Disember 2023 - 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 - PEDi Pekan Kuala Kurau telah bermesyuarat bersama Penghulu Kuala Kurau Tuan Nazri Saidin, ketua-ketua kampung mukim Kuala Kurau, KRT Kuala Kurau dan NCER untuk program Mini Karnival Usahawan di perkarangan Pejabat Penghulu Kuala Kurau. Ini kali ke 3 mesyuarat diadakan bagi memastikan karnival yang diadakan nanti berjalan dengan lancar dan berjaya.
    Program ini akan diadakan pada 19 Disember 2023 hari Selasa bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pelbagai aktiviti akan diadakan nanti seperti jualan oleh usahawan, pertandingan mewarna, pertandingan tulisan jawi, cabutan bertuah dan bermacam-macam aktiviti yang akan berlangsung pada hari tersebut.
    Dijemput orang ramai untuk menghadiri Mini Karnival Usahawan ini disamping dapat membeli pelbagai jualan yang dijual, para pengunjung juga boleh menyertai pertandingan - pertandingan yang akan diadakan. Cabutan bertuah juga akan menanti kepada para pengunjung yang bertuah dengan pelbagai hadiah yang menarik.
JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI YA!!!