Tarikh

: 9hb. Ogos 2023

Masa

: 3.30 Petang - 5.30 Petang

Peserta

: Sahabat AIM Blok Tanjong Piandang, 

  Kerian, Perak

Lokasi

: PEDi Pekan Kuala Kurau

 

Tujuan :

Mesyuarat dan pengunaan komputer di PEDi Pekan Kuala Kurau

Aktiviti 

Para Sahabat AIM bermesyuarat secara online bersama Perdana Menteri Dato' Seri Anuar Ibrahim

 

Lihat Gambar Di Sini

- Laporan Penuh -

PUSAT EKONOMI DIGITAL PEKAN KUALA KURAU (PEDi) 9 OGOS 2023 - Seramai 36 orang wakil Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Tanjong Piandang, Kerian, Perak telah menghadiri mesyuarat secara online diseluruh Malaysia di PEDi Pekan Kuala Kurau.
     Mesyuarat AIM ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Anuar Ibrahim di Kuala Terengganu, Terengganu. Para Sahabat AIM sangat teruja dengan adanya mesyuarat yang dijalankan ini dan ianya telah direkodkan didalam Malaysia Book Of Records dengan jumlah terbanyak kehadiran mesyuarat Sahabat AIM yang diadakan menerusi aplikasi Zoom secara online di Malaysia.
     Mesyuarat ini merupakan satu fenomena yang julung kalinya telah membuat kutipan pinjaman serentak sebanyak RM41,510,218.92 dan dapat dilihat secara online diseluruh Malaysia melalui live Zoom. Justeru itu menjadikan mesyuarat ini sesuatu yang istimewa kepada Sahabat AIM Di Malaysia.
     Dengan itu PEDi Pekan Kuala Kurau sangat berbangga dengan penglibatan PEDi dalam mesyuarat online AIM ini dimana mesyuarat ini secara langsung dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia. Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Hadi dalam kerjasama antara PEDi Pekan Kuala Kurau dan AIM Blok Tanjong Piandang, kerian, Perak.