Tarikh

: 28hb. Julai 2023

Masa

: 9.30pagi - 12.00 tgh hari

Peserta

: Murid-Murid Tahun 4, 5 dan 6

Lokasi

: SK Kuala Kurau

 

Tujuan :

Taklimat Tentang Klik Dengan Bijak

Aktiviti 

Murid-murid tentang diterangkan dengan manfaat, kebaikan dan keburukan internet

 

Lihat Gambar Di Sini

- Laporan Penuh -

𝐊𝐋𝐈𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊! (𝐊𝐃𝐁)
28 Julai 2023 - Pada hari jumaat lepas PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) Kluster Kerian yang diwakili oleh 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 - PEDi Pekan Kuala Kurau, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Taman Kurau Lestari & PEDi Batu 14 Teluk Medan telah mengadakan program & taklimat Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau.
     Pelbagai aktiviti telah disediakan dan para petugas PEDi juga telah memberi penerangan tentang kebaikan, keburukan dan manfaat dalam pengunaan internet kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 di sekolah berkenaan.
     Disamping itu juga murid-murid sangat teruja dalam menjawab pertanyaan dan soalan daripada penceramah petugas PEDi. Mana tidaknya, setiap soalan akan diberi ganjaran hadiah dan guru-guru juga turut bersama dalam program yang telah dijalankan ini.
     Setelah berlangsungnya program Klik Dengan Bijak ini, kami telah mendapat maklum balas yang sangat positif daripada murid-murid dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau. Diharapkan program-program seperti ini akan dapat teruskan di masa akan datang kerana ianya memberi sedikit sebanyak dalam pembentukkan sahsiah diri untuk menjalani kehidupan dimana lebih daripada 45.8% kehidupan kita berkait dengan teknologi dan pendigitalan.