Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
    Program ini merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi kami bersama kanak-kanak sekolah di komuniti setempat. Seramai 32 kanak-kanak diantara umur 5 tahun hingga 11 tahun telah terlibat didalam program ini. Kami warga Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Pekan Kuala Kurau sangat terharu kerana sambutan diluar jangkaan. Kami telah menerima penyertaan seramai 50 lebih kanak-kanak namun kami terpaksa menghadkan penyertaan kepada 32 orang kanak-kanak sahaja diatas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.
 
2. Pelbagai aktiviti yang telah kami sediakan dan keutamaan kami adalah untuk mendidik kanak-kanak mengenai asas pengunaan komputer dan kami selitkan pelbagai permainan agar mereka tidak bosan dengan program yang kami anjurkan. Rata-rata kanak-kanak sangat terhibur dengan program ini.
 
Kami Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Pekan Kuala Kurau ingin berkongsi kegembiraan program kami kepada anda semua melalui video ini.
 
Terima kasih kami ucapkan kepada semua ibubapa kanak-kanak di komuniti yang terlibat dan diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dan insyallah kami akan perbaiki apa yang kurang untuk menjadikan program seperti ini menjadi program kegemaran kanak-kanak untuk komuniti setempat.
 
Angin bertiup debu bertebaran,
Duri menusuk luka di tangan,
Terima kasih kami ucapkan,
Semoga kebaikan ini dapat diteruskan.