Tarikh
:  18 mei 2018
Masa :  11:00 Pagi - 12.00 Tengahhari
Peserta :  Murid Sekolah Kebangsaan Seri Siakap
Lokasi :  Dewan SKSS
 
Tujuan 
Program ini dijalankan bagi memberi kesedaran kepada pelajar sekolah supaya berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara dimedia sosial. Disamping itu juga diceritakan apa kesan kepada mereka jika terlibat dalam jenayah siber ini.
 
Aktiviti 
Terdapat beberapa topik yang telah dibincangkan dalam sesi taklimat program klik dengan bijak ini. Antaranya buli siber, maklumat palsu, berkongsi secara berlebihan dan beberapa lagi topik. Hal ini kerana perkara-perkara seperti ini sering terjadi di media sosial dimana peratusan yang tinggi berlaku ada lah pada peringkat sekolah-sekolah mereka tidak tahu akan kesan atau keburukan yang bakal terjadi. Selepas diberi taklimat mereka telah mendapat pengetahuan tentang jenayah siber atau jenayah di media sosial ini dan mereka akan lebih berhati-hati selepas ini.