Hampir setiap petang, PI1M Pekan Kuala Kurau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari pelbagai jenis sekolah di sekitar Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Serai. Tujuan mereka berkumpul adalah untuk membincangan tugasan yang diberikan oleh guru masing-masing di sekolah. PI1M Pekan Kuala Kurau menjadi pilihan mereka kerana selain kemudahan komputer dan internet untuk memudahkan mereka mencari maklumat, kemudahan seperti mesin pencetak dan potostat juga amat membantu mereka. Keadaan PI1M yang senyap dan nyaman dengan penghawa dingin membuatkan mereka selesa untuk fokus dalam menyiapkan tugasan sekolah.