Ban Pecah Kuala Kurau merupakan sebuah tempat menarik yang terdapat di Kuala Kurau dimana ianya sentiasa menjadi tumpuan penduduk Kuala Kurau sendiri dan juga orang dari luar. Keindahan pemandangan di kawasan ini mampu memukau siapa sahaja yang melihatnya. Terdapat pelbagai kisah daripada kepercayaan orang tua dahulu tentang bagaimana terbentuknya Ban Pecah sebagai laut kerana pada asalnya kawasan tersebut ialah kawasan sawah padi yang luas. Pelbagai aktiviti sering dilakukan disini termasuklah memancing, mandi, dan berkelah. Berdekatan dengan Ban Pecah ini juga terdapat kedai makanan laut Mee Ketam dan Mee Udang Kak Ros yang sangat terkenal dengan keenakkannya. Jika ke Ban Pecah, jangan lupa untuk mencuba kelazatan Mee Ketam dan mee udang.