Video yang dirakamkan ini adalah hasil dari kreativiti belia Pekan Kuala Kurau yang menyertai Pertandingan Mencipta Video Mykomuniti Kreatif yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Video berkenaan menekankan tentang Jenayah Siber yang semakin berleluasa masa kini dimana ianya menjadi kesalahkan disisi undang-undang negara dan juga disisi agama Islam. Tahniah diucapkan kepada belia Kuala Kurau. Semoga video ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana.