E-Learning atau E-Pembelajaran adalah pengajaran dan pembelajaran menerusi talian internet. Aplikasi ini telah diperkenalkan di Malaysia dengan usahasama universiti - universiti dan agensi - agensi dari dalam dan luar negara. E - Pembelajaran adalah suatu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk maklumat pengajaran. Antara objektif E-Pembelajaran adalah memperkenalkan sistem dan operasi e-pembelajaran yang ada di Malaysia juga meningkatkan taraf celik IT dalam kalangan masyarakat luar bandar bagi menyokong hasrat negara, seterusnya mewujudkan (knowledge-based-society). Selain itu mewujudkan nilai tambah (value-add), keupayaan masyarakat setempat dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Sehingga hari ini, Kelas E-Pembelajaran yang dijalankan di PI1M Pekan Kuala Kurau mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga sering melebihi jumlah komputer yang disediakan. Pelajar juga sering menunjukkan meningkatan positif dari segi pelajaran setelah menyertai kelas ini.