Untuk pengetahuan komuniti di sekitar Kuala Kurau, apabila anda mendaftar keahlian di PI1M Pekan Kuala Kurau, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari segi harga perkhidmatan yang lebih murah seperti kegunaan komputer, mesin potostat, pengimbas, pencetak juga laminate tetapi anda juga di alu-alukan untuk menyertai kelas Keusahawan secara percuma. Kami akan membimbing anda untuk menjalankan perniagaan dan pemasaran di atas talian, dimana ianya lebih terbuka kepada seluruh penduduk di Malaysia. Jika masih belum mempunyai idea perniagaan juga di alu-alukan menyertai kelas ini supaya lebih terbuka dan mendalami dunia perniagaan. Sebarang pertanyaan boleh hadir ke Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kuala Kurau.