Celik IT : Khairul Anwar Bin Abdul Rashid

Nama Khairul Anwar Bin Abdul Rashid
Umur 20 tahun
Ahli 2017
 
Latar Belakang
Adik Khairul Anwar merupakan ahli pusat Internet di Pekan Kuala Kurau. Ayah kepada adik Khairul Anwar merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan kedai makan dan makanan utama di kedainya adalah kari sembilang yang menjadi kegemaran penduduk Kuala Kurau.
 
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas keusahawan yang diadakan di PI Pekan Kuala Kurau, Adik Khairul Anwar tidak tahu bagaimana cara untuk membantu perniagaan ayahnya supaya lebih maju.
 
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas ICT di Pusat Internet Pekan Kuala Kurau, Adik Khairul Anwar banyak menimba ilmu. Dalam masa yang sama Adik Khairul Anwar telah membina Facebook page untuk Kedai Makan ayahnya bagi menarik lebih ramai pelangan. Kini adik Khairul Anwar bukan sahaja dapat membantu ayahnya malah dia semakin mahir menggunakan teknologi ICT . 
 
_______________________________________________________________________________________