USAHAWAN I :  Fotografi Majlis Perkahwinan & Outdoor
  
Nama Raja Izmir Izzati Bin Raja Roslan
Umur 33 tahun
Ahli 2019
 
Latar Belakang
En. Raja mempunyai kedai@studio sendiri yang bernama Rafina Studio yang terletak berhampiran dengan stesan bas Bagan Serai. Beliau mendapat pendidikan di Institut Kemahiran MARA dalam bidang Elektronik Engineering. Kemudian bekerja di syarikat swasta selama beberapa tahun. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, En.Raja telah membuka Kedai@Studio miliknya sendiri.
 
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas keusahawan yang diadakan di PI Pekan Kuala Kurau, pemilik syarikat En.Raja hanya mempromosi setiap perniagaannya secara persendirian.
 
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Setelah PI mengenalpasti perniagaan En.Raja ,PI telah membantu dari segi mempromosikan Studio beliau, dengan berkongsi video-video dari fb page beliau.
 
_______________________________________________________________________________________
 
 
USAHAWAN II : Pembuatan Kek & Cookies dan Kuih-muih
 
Nama Asmarliana Binti Kamarudin
Umur 45 tahun
Ahli 2017
 
Latar Belakang
Puan Asmarliana merupakan seorang usahawan makanan beliau memfokuskan kepada jualan Kek,cookies dan kuih-muih.
 
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas keusahawan yang diadakan di PI Pekan Kuala Kurau, pemilik Puan Asmarliana hanya mempromosi setiap perniagaannya secara persendirian.
 
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Setelah PI mengenalpasti perniagaan Puan Asmarliana ,PI telah membantu dari segi mempromosikan Produk dan berkongsi video-video dari fb page beliau. Dalam masa yang sama Puan Asmarliana semakin mahir menggunakan teknologi ICT untuk membuat promosi beliau.kini pendapatan Puan Asmarliana semakin meningkat dari masa ke semasa kerana pertambahan jumlah pelanggan dari media sosial seperti facebook, Instagram dan lain-lain .