Ban Pecah Kuala Kurau merupakan sebuah tempat menarik yang terdapat di Kuala Kurau dimana ianya sentiasa menjadi tumpuan penduduk Kuala Kurau sendiri dan juga orang dari luar. Keindahan pemandangan di kawasan ini mampu memukau siapa sahaja yang melihatnya. Terdapat pelbagai kisah daripada kepercayaan orang tua dahulu tentang bagaimana terbentuknya Ban Pecah sebagai laut kerana pada asalnya kawasan tersebut ialah kawasan sawah padi yang luas. Pelbagai aktiviti sering dilakukan disini termasuklah memancing, mandi, dan berkelah. Berdekatan dengan Ban Pecah ini juga terdapat kedai makanan laut Mee Ketam dan Mee Udang Kak Ros yang sangat terkenal dengan keenakkannya. Jika ke Ban Pecah, jangan lupa untuk mencuba kelazatan Mee Ketam dan mee udang.
Kuala Gula tidak kurang hebatya menjadi tumpuan penduduk disini dan juga pelancong asing dari dalam dan luar negara.Jom saksikan keindahan dan keunikkan Kuala Gula, Kuala Kurau ini.

Kuala Kurau merupakan salah satu bandar terletak di muara Sungai Kurau. Oleh itu, antara aktiviti ekonomi utama penduduk disini adalah nelayan dan juga pesawah. Penduduk Kuala Kurau terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan hanya sedikit kaum India di kawasan ini. Untuk melihat lebih dekat kawasan Pekan Kuala Kurau boleh lihat video yang dipaparkan ini.