Alhamdulilah majlis Hari Bersama Komuniti bagi PI1M Pekan Kuala Kurau sudah selesai dengan jayanya. Kami dari pihak petugas PI1M Pekan Kuala Kurau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Warga Kuala Kurau yang sudi hadir memeriahkan majlis, tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan AJK PI1M Pekan Kuala Kurau dan SKUAD PI1M yang sangat banyak membantu bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Kami juga ingin memohon maaf jika terdapat kekurangan dan kelemahan dari mana-mana aspek sepanjang majlis dijalankan. Untuk semua warga Pekan Kuala Kurau, anda sangat dialu-alukan untuk datang ke PI1M Pekan Kuala Kurau untuk memanfaatkan semua kemudahan yang kami sediakan untuk komuniti disini.

Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kuala Kurau
"Hub Komunikasi Sejagat"